Sunday, 24 November 2013

PROSES PEMBENTUKAN DAN TABURAN BENTUK MUKA BUMI - PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

1.0 KONSEP GEOMORFOLOGI
Istilah Geomorfologi ialah satu perkataan gabungan dari Yunani iaitu Geo bermaksud bumi, morphe bermaksud bentuk dan logos ialah kajian. Apabila ketiga-tiga perkataan ini digabungkan bermaksud “Kajian Bentuk Bumi”. Ia dikaitkan tentang proses-proses yang berlaku secara semula jadi ke atas fizikal daratan dan lautan dan pada akhirnya membentuk bentuk muka bumi yang baru iaitu pemukaan yang terhasil adalah jauh berbeza dengan pembentukan asalnya. Menurut Hjulstrom (1935), menyatakan “Geomorfologi ialah satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, factor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik”. Proses Geomorfologi ialah semua proses fizikal, kimia dan biologi yang membentuk , memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi serta terbahagi kepada dua iaitu endogenik dan eksogenik. Proses endogenik berpunca dari dalam bumi seperti pergerakan plat tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan. Manakala proses eksogenik merujuk kepada semua proses pembentukan bentuk muka bumi di permukaan bumi yang berkaitan dengan tenaga yang berpunca daripada luaran bumi khususnya tenaga matahari . Antara proses-proses tersebut ialah luluhawa, hakisan, pengangkutan bahan, pemendapan bahan dan pergerakan jisim.

2.0      KONSEP GEOMORFOLOGI BERDASARKAN KEPADA SATU CONTOH PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI YANG KHUSUS.

2.1 Pembentukan Gunung Berapi
                    
                                                                             Gambarajah 1: Gunung berapi


Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi.
Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Gambarajah 2 di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.
      
         

                                                                            Gambarajah 2: Pembentukan Gunung Berapi

Pembentukan gunung berapi terbentuk apabila hasil daripada batu-batan cair yang panas dan terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma. Magma merupakan larutan silika bersuhu tinggi yang kompleks dan merupakan asal semua batuan beku. Magma berada dalam tekanan tinggi dan kadang kala meletus keluar melalui lohong gunung berapi dalam bentuk aliran lava atau letusan gunung berapi. Magma terkumpul dalam di dalam perut bumi dan mengandung komposisi yang berlainan menurut tempat magma itu didapati.
                                                                           Gambar rajah 3: Magma di bawah kerak bumi
Salah satu penyebab gunung meletus adalah Magma, dimana magma tersebut yang menjadi sumber ledakan gunung berapi. Magma adalah cairan pepejal yang terdapat di dalam lapisan bumi dengan suhu yang sangat tinggi, iaitu sekitar lebih dari 1000 °C. Cairan magma yang keluar dari dalam bumi disebut sebagai lava. Suhu lava yang dikeluarkan boleh mencapai 700 - 1200 °C.
Gambar rajah 4: Lava mengalir keluar

Lavanya boleh mengalir sejauh 90 km. Gunung berapi meletus kerana enapan magma yang sangat panas di dalam perut bumi dipaksa keluar oleh gas yang bertekanan tinggi. Letusan gunung berapi yang membawa batu dan abu boleh menyembur sejauh 18 km atau lebih.



Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :-
2.2.1 Gunung berapi lava asid
Ciri-ciri gunung berapi lava asid adalah mempunyai cerun yang curam, letusan yang sangat kuat dan lava sangat likat dan mengalir secara perlahan. Contohnya Gunung berapi Vesurvius di Itali.

Gunung berapi lava bes mempunyai ciri-ciri seperti cerun landai, lavanya sangat panas, cair dan mengalir dengan laju. Contohnya Gunung Mauna Loa di Hawai.
Gunung berapi ini dikenali sebagai stratokun kerana mempunyai kon utama yang terbina dari abu dan lava serta kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama. Kon kecil ini dikenali kon perasit. Misalnya gunung berapi komposit yang terdapat di Gunung Fuji di Jepun.
Gunung berapi ini terbentuk dari letupan yang sangat kuat dan mengeluarkan bahan piroklas seperti lapili, abu, bom, serpihan kecil dan gas. Bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam. Misalnya Gunung Paicutin di Mexico.

2.3 Bentuk muka bumi oleh gunung berapi.
Apabila magma disejukkan di dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkannya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam seperti:
  • Sil
  • Daik
  • Batolitos
  • Lakolitos
  • Lapolitos
  • Paklitos
Gambarajah 5 di bawah menunjukkan bentuk muka bumi yang terdapat pada gunung berapi.
Gambarajah 5: Bentuk muka bumi jalar dalam
1. Magma besar
2. Batu dasar
3. Penyalur (Conduit)
4. Asas
5. Sill
6. Paip cabang
7. Lapisan abu dari gunung berapi
8. Sisi
9. Lapisan lava dari gunung berapi
10. Tengkuk
11. Kon parasit
12. Aliran lava
13. Bukaan
14. Kawah
15. Kepulan abu

2.3.1 Sil
Sil adalah batuan igneus yang berkedudukan selari dengan lapisann rata. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai.

2.3.2 Daik
Daik ialah batuan jalar dalam yang terbentuk apabila magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan lapisan rata dan membentuk tembok tegak. Daik yang terdedah akan membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai serta membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong.

2.3.3 Batolitos
Batolitos ialah batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, menara dan bukit-bukit yang terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan gunung Ledang di Semenanjung Malaysia.
2.3.4 Lakolitos
Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat.
 
2.3.5 Lapolitos
Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan.
 
2.3.6 Paklitos
Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England.
  


Contohnya pembentukan Gunung Merapi (ketinggian puncak 2.968 m) adalah sebuah gunung berapi di Jawa TengahIndonesia.
Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548. Gunung berapi ini berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, Indonesia. Penduduk tinggal di hilir gunung berapi dan perkampungan penduduk ini berada pada kedudukan paling tinggi iaitu pada 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahaya kepada semua penduduk ini, ia telah dikenali sebagai Gunung Berapi Dekad i. Terdapat satu lagi gunung berapi Indonesia yang hampir sama namanya iaitu Gunung Marapi, di Sumatera Barat.
Gunung Merapi merupakan gunung berapi yang paling muda di selatan Jawa. Ia terletak pada zon kelinciran, di mana plat Indo-Australian menggelincir ke bawah plat Eurasian. Ia merupakan salah satu dari 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Analisis stratigrafi mendedahkan bahawa letusan di kawasan Merapi bermula kira-kira 400,000 tahun yang lalu, dan sehingga kira-kira 10,000 tahun yang lalu, letusan lazimnya sangat kerap dan lava yang dikeluarkan adalah dari lava jenis basalt. Semenjak itu, letusan menjadi lebih kuat letupannya, dengan lava andesitnya yang likat biasanya menjanakan kubah lava. Biasanya, letusan kecil berlaku setiap dua atau tiga tahun, dan yang lebih besar akan berlaku setiap 10-15 tahun sekali atau lebih. Letusan penting, biasanya menyebabkan ramai terkorban, dan ini telah berlaku pada tahun 1006178618221872 (letusan yang paling dahsyat dalam sejarah terkini) dan 1930 sebanyak 13 kampung musnah dan 1,400 orang terbunuh oleh aliran lava.





 RUJUKAN
Strahler, A.N.1978. Geografi Fizikal . Kuala Lumpur: John Wiley and Sons.

M Knight, T.L.1992. Essentials of Physical Geography. New Jersey: Prentice Hall.

King, C.A.M.1976. Landforms and Geomorphology. Longman.




0 comments:

Post a Comment