Sunday, 24 November 2013
PROSES PEMBENTUKAN DAN TABURAN BENTUK MUKA BUMI - PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI
1.0 KONSEP GEOMORFOLOGI
Istilah Geomorfologi ialah satu perkataan gabungan
dari Yunani iaitu Geo bermaksud bumi, morphe bermaksud bentuk dan logos ialah kajian. Apabila ketiga-tiga perkataan
ini digabungkan bermaksud “Kajian
Bentuk Bumi”. Ia dikaitkan tentang proses-proses yang berlaku
secara semula jadi ke atas fizikal daratan dan lautan dan pada akhirnya
membentuk bentuk muka bumi yang baru iaitu pemukaan yang terhasil adalah jauh
berbeza dengan pembentukan asalnya. Menurut Hjulstrom (1935), menyatakan “Geomorfologi ialah satu bidang sains bumi yang
mengkaji interaksi antara proses, factor dan bentuk di permukaan bumi secara
saintifik”. Proses Geomorfologi
ialah semua proses fizikal, kimia dan biologi yang membentuk , memperkembang
dan mengubah bentuk muka bumi serta terbahagi kepada dua iaitu endogenik dan
eksogenik. Proses endogenik berpunca dari dalam bumi seperti pergerakan plat
tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan
aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan. Manakala proses eksogenik merujuk kepada semua proses
pembentukan bentuk muka bumi di permukaan bumi yang berkaitan dengan tenaga
yang berpunca daripada luaran bumi khususnya tenaga matahari . Antara
proses-proses tersebut ialah luluhawa, hakisan, pengangkutan bahan, pemendapan
bahan dan pergerakan jisim.
2.0 KONSEP GEOMORFOLOGI BERDASARKAN KEPADA SATU
CONTOH PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI YANG KHUSUS.
2.1 Pembentukan Gunung Berapi
Gambarajah 1: Gunung berapi
Subscribe to:
Posts (Atom)