Tuesday, 12 November 2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol

Penubuhan sekolah ini pada tahun 1999. Dan secara rasminya pada tahun 2000.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol atau nama ringkasnya SMK Bongkol, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Pos 174, Pitas.

Teori pembelajaran dan pengajaran

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Guru

Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di